Saturday, May 23, 2009

Wayang

Terdapat beberapa filem Blockbuster box-office bakal menemui peminat-peminat filem Malaysia dalam masa beberapa bulan ini. Terminator Salvation, Transformers 2 dan Harry Potter and the Half-blood Prince adalah di antara filem-filem yang saya maksudkan. Filem-filem ini pastinya menjadi ikutan peminat-peminat filem tempatan kerana tarikan filem terdahulu, cerita dan aksi yang hebat dan kerana mempunyai peminat masing-masing.

Terminator Salvation berkisar mengenai penentangan manusia pada tahun 2018 terhadap mesin robot yang telah menguasai bumi. Penentangan ini diketuai John Connor (Christian Bale - Batman: The Dark Knight) menghadapi berbagai cabaran hebat kerana askar-askar mesin yang kuat dan hebat. Apatah lagi ia kini tidak dapat dibezakan daripada manusia biasa secara fizikal kerana mesin telah berjaya mencipta cyborg (cybernetic organism) yang menyerupai manusia. Isinya masih lagi robot.

Sejarahnya, manusia telah hampir dimusnahkan oleh Skynet sebaik saja ia dihidupkan. Ia melancarkan segala simpanan peluru nuklear Amerika ke seluruh dunia kerana ia menganggap manusia sebagai ganas dan boleh memusnahkan bumi. Betapa klisenya kerana Skynet juga seterusnya pemusnah bumi! Bermula Terminator 1 mengenai cyborg yang dihantar untuk membunuh ibu Connor, seterusnya cuba membunuh Connor dan kini Connor telah menghadapi realiti yang cuba dielaknya sekian lama. Walau bagaimanapun, realiti ini sedikit berbeza daripada apa yang beliau percayai dan ketahui selama ini! Saksikan bagaimana Connor berlawan dalam memastikan kelangsungan hidup manusia. Terminator Salavation akan dibuka pada 28 Mei 2009 di Malaysia. Saksikan trailer dari Nuffnang



Cerita seterusnya akan saya sambung selepas ini...

No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat dan cerita asalkan tidak menyentuh perkara sensitif. Terima kasih.