Tuesday, May 26, 2009

Satu Malaysia

Akhir-akhir ini Malaysia yang kita cintai ini dilanda fitnah yang amat besar. Hak orang Melayu, Artikel 12, IFC, kontrak sosial adalah antara isu-isu besar yang dihebohkan. Semua orang bebas berbiacara perkara sensitif tanpa mempedulikan kesannya. Semuanya gara-gara orang politik yang berpolitik secara agresif semata-mata memenuhi tembolok mereka. Tidak kira daripada parti mana, sikap ini amat jelas.

Umno dengan politik wang walaupun dah hampir patah riuk. Ia merebak terlalu dalam sehinggakan PRU12 tidak memberikan mereka kesan walau sedikitpun. Nampaknya, kuasa yang diidamkan itu adalah lebih kuat kesannya daripada pengajaran di dalam PRU12. Komponen BN pula terlalu perkauman cuba mengemukakan "idea-idea" baru yang kononnya bagi merealisasika konsep 1Malaysia. Padahal amat jelas, makna disebalik idea mereka hanyalah menjaga kepentingan mereka sahaja. Agenda kerajaan menyatukan kaum di dalam satu sekolah ditentang habis-habisan. Malah, orang yang mencadang idea ini dituduh perkauman dan disuruh disumbat ke dalam lokap ISA.

PR pula amat jelas perkauman dan gila kuasanya. Peristiwa di Perak menjelaskan segala-galanya. Kehilangan kuasa terlalu memberi kesan sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkah hasrat mereka tercapai. Cakaplah siapa yang mereka tidak lawan; Sultan, polis! Mereka sahaja raja. "Singh is king"! "Speaker is king"! Ikutkan hati mahu saja dicarutkan mereka ini. Golongan sombong dan angkuh amat tidak layak dilantik sebagai pemimpin! Ini belum dikira kenyataan-kenyataan perkauman yang ditimbulkan mereka terutamanya semasa pilihanraya kecil.

Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa jika sesuatu tugas itu diberi kepada yang tidak layak, maka tunggulah saat kemusnahannya! Apa yang kerajaan patut buat ialah mendengar keluhan dan rintihan rakyat terutamanya orang Melayu. Orang Melayu majoritinya banyak menyokong Umno/BN tetapi jarang didengar rintihan mereka. Maka lebih ramailah yang akan menyokong PR. Golongan muda sememangnya banyak menyokong PR diakibatkan sikap Umno/BN yang tidak pandai menawan hati golongan muda dan sudah tentunya rasuah. Ketika di U, pengaruh PR dapat dilihat jelas, manakala penyokong BN biasanya tidak berani atau biasanya lebih suka berdiam diri.

Kerajaan pula terlalu mendengar permintaan bukan Melayu. Biasiswa JPA, liberalisasi ekonomi, hatta penentuan agama anak juga diberi kepada mereka. Maka apa lagi hak Melayu yang perlu diberi demi meraih undi mereka. Percayalah kerajaan, jika orang Melayu dilayan baik, maka undinya tidak akan lari kepada PR. Masalahnya sekarang ini kerajaan dilihat terlalu berlembut dengan bukan Melayu/Islam. Mereka bukannya hidup sengsara di Malaysia. Malah ada yang amat mewah! Malangnya kuasa ekonomi mereka ini telah digunakan bagi mengeksploitasi kuasa politik. Kebanyakan orang Melayulah yang miskin. Golongan inilah yang patut dibela.

Lihatlah apa yang diberi kerajaan semasa pilihanraya kecil seperti di Bukit Gantang. Wang lebih RM1 juta kepada sekolah Cina/Tamil dan apa hasilnya! Apa orang Melayu dapat? Apakah pula hasilnya? Saya percaya "politics of appeasement" tidak akan berjaya melainkan memusnahkan Umno/BN semata-mata.

Akhirnya saya harap agar Malaysia akan menjadi lebih baik lagi dibawah PM yang baru. Kawallah isu-isu panas ini, ambil tindakan terhadap hindraf, pemimpin perkauman, jaga semua rakyat terutama orang Melayu dan hukum penghasut. Janganlah sehingga keadaan menjadi tidak terkawal baru nak diambil tindakan. Ketika itu tiada guna lagi. Kerosakan telah dilakukan. Ingatlah 13 Mei 1969. Rakyat patut diajar siapa sebenarnya dalang di sebalik peristiwa ini. Apakah kesannya kepada Malaysia?

No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat dan cerita asalkan tidak menyentuh perkara sensitif. Terima kasih.