Friday, May 22, 2009

Google Desktop

Pernahkah terdengar mengenai google desktop? Ia adalah satu aplikasi yang amat memudahkan urusan seharian menggunakan desktop. Saiznya kecil, kurang menggunakan kuasa desktop, percuma dan yang paling utama, ia membolehkan kita mencari sebarang fail yang kita kehendaki dalam masa yang singkat!

Selepas menggunakannya, saya tidak perlu bimbang lagi dimana perlu disimpan fail-fail yang berlambak di dalam desktop. Hanya klik "ctrl" 2 kali dan terus taip sebarang bahagian (nama, kandungan dll) fail yang dikehendaki, hasilnya akan dipaparkan serta merta!

Pemasangannya adalah mudah dan mengambil hanya sebentar. Seterusnya, ia akan mengindeks fail di dalam desktop bergantung kepada pilihan kita (settings). Ia biasanya akan mengambil masa jika kita masih menggunakan desktop kerana ia tidak akan mengganggu urusan kita. Masa terbaik ialah apabila kita meniggalkan desktop atau ketika menonton filem. Seterusnya, adalah mudah!

Hasil yang dipaparkan adalah berdasarkan fail yang baru dibuka dan seterusnya. Jadi, fail yang kerap dibuka akan sentiasa berada diatas! Sungguh mudah!

Ia juga datang bersama gajet-gajet yang berguna seperti to do list, berita terkini, jam dan lain-lain lagi. Ada ribuan gajet yang boleh dipilih.

Windows juga sebenarnya ada aplikasi seperti ini iaitu windows search bagi pengguna windows xp dan sebelumnya. Bagi Vista, windows search telah pun ada di dalamnya. Saya rasa, microsoft belajar daripada google yang menyebabkan mereka juga mengeluarkan windows search. Fungsi "find" di dalam xp terlalu lembab yang menyebabkan saya bertukar ke google desktop. Ia begitu menyenangkan hidup saya!

Apapun bergantung kepada kita sama ada mahu menggunakan goggle desktop atau windows search. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Google yang begitu pantas dan windows yang memaparkan hasil dalam kategori.

No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat dan cerita asalkan tidak menyentuh perkara sensitif. Terima kasih.