Tuesday, June 2, 2009

GM kini bankrap

Sah, syarikat kebanggaan Amerika ini hampir pasti bankrap. Ia telah memfailkan permohonan kebankrapan pada 1 Jun 09 di New York, Amerika. Syarikat gergasi kini dalam talian hayat! Masih ingat Buick, Cadillac, Pontiac Firebird, Chevrolet ataupun yang terbaru Hummer? Baiknya, GM bakal diremajakan selepas ini.

Saya ada terbaca artikel ini mengenai kegagalan GM dan kejayan syarikat lain dari Jepun dan Eropah di dalam industri kereta. Ia ada kaitan mengenai sikap pengurusan GM, sikap pekerjanya, dan peranan kerajaan Amerika sendiri dalam membantu menjahanamkan GM. Kini semua musnah. Nasi sudah menjadi bubur. Nasib baik bubur masih boleh dimakan walaupun mungkin kurang sedap!

Selepas membaca syarikat ini, teringat industri kereta di Malaysia. Adakah industri di kereta juga seperti ini? Saya akan mengulas lanjut selepas ini...

Hari ini dalam Sejarah

Hai... memang hari ini dalam sejarah! Stadium runtuh! Stadium yang gah itu akhirnya runtuh menyembah bumi. Apa sudah jadi! Apa kerja JKR? Jurutera? Kontraktor? Siapa yang salah? Sekarang memang masa mencari salah. Tak perlu malu2! Bayangkan jika KLCC dibina oleh kontraktor ini atau geng-gengnya, tak boleh nak bayangkan betapa ngerinya!

Sememangnya didengari ada masalah semasa pembinaan stadium ini sehinggalah detik-detik akhir perasmian SUKMA. Tetapi ia siap juga akhirnya. Rupa-rupanya tak bertahan lama. Stadium kebanggan Terengganu ini musnah!

Selepas ini, akan timbullah berbagai-bagai persoalan akan punca kejadian ini. Faktor tanahkah? Mutu bahan binaan? Hasil kerja buat? Kawalan mutu longgar? Makan suap? Teknologi atau sekadar takdir tuhan semata? Semestinya, ini merupakan titik hitam kepada imej kerajaan negeri/ pusat. Pihak pembangkang akan mempunyai senjata yang amat ampuh kali ini. Carilah alasan apakah yang akan mewajarkan peristiwa tragik ini! Selamat tinggal Terengganu? Selamat tinggal Manek Urai?

Bagi membersihkan imej, kerajaan seharusnya membuat kajian mengenalpasti punca masalah sedalam-dalamnya. Hasilnya mestilah disebarkan kepada semua. Ambil tindakan bagi setiap cadangan didalamnya. Jika ada orang yang perlu disiasat/hukum, maka lakukanlah. jangan sekali-kali menyembunyikan fakta. Lambat-laun ia akan diketahui juga.

Nanananana... Ganu kite...

Friday, May 29, 2009

Chin Peng

Tak habis-habis pula sekarang ni berbincang pasal si Tua ni. Jika sudah menolak Malaysia, buat apa perlu dikenang lagi. Walau apapun terjadi, si Tua ini tak perlu dikasihi langsung. Betapa darah rakyah Malaysia yang menyelaputi tangannya masih merah mengalir sehingga kini. Kesimpulannya, si Tua ini tidak boleh langsung dimaafkan!

Tiada alasan yang membolehkan dia diampun. Hatta kemanusiaan kerana perbuatannya yang menyamai Pol Pot. Dia bernasih baik kerana tidak perlu dibicarakan seperti Pol Pot tetapi itulah yang sepatutnya! Berapakah nyawa yang terkorban hasil daripada kebebalan si Tua ini mempertahankan ideologi usangnya!

Anehnya, ada manusia dah penulis blog yang mengangkatnya sebagai wira kemerdekaan! Adakah dosanya dapat dihapuskan dengan mendewa-dewakannya pula? Chin Peng adalah komunis dan komunis adalah Chin Peng. Jadi tak perlu "pemutihan" kepada imejnya! Hutang darah dibayar darah tetapi ia tidak berlaku kepada dia. Dia masih hidup di Thailand menjalani kehidupan biasa.

Negara Malaysia ini tidak perlukan si Tua ini atau penyokongnya. Jika dirasakan Malaysia ini kurang sesuai bagi mereka, mereka dipersilakan pergi ke tempat lain yang sanggup menerima pengkhianat seperti mereka. Malaysia akan lebih aman tanpa mereka.

Jelaslah sejarah tidak lagi dipentingkan sehingga melahirkan rakyat yang tidak patriotik dan buta sejarah. Saya berharap Malaysia dapat menjadi seperti Amerika yang begitu berbangga dengan sejarahnya dan diajar disemua peringkat. Boleh dikatakan kebanyakan "rakyat dunia" tahu serba sedikit sejarah mereka!

Kerajaan bertindaklah ...!

Tuesday, May 26, 2009

Kisah krisis kredit

Saya telah membaca satu artikel mengenai krisis kredit yang melanda dunia baru-baru. Kisahnya menarik, mengenai seorang wartawan eknomi yang menghadapi masalah kewangan yang teruk gara-gara membeli rumah yang sepatutnya tidak mampu dibeli. Walaupun tidak layak, banyak lagi "jalan belakang" yang membolehkan beliau meminjam.

Selepas meminjam, beliau sentiasa tidak cukup duit. Ditambah hutang kad kredit dan pinjaman untuk membayar kad kredit. beliau berhutang keliling pinggang sehingga akhirnya beliau dilanda panik. Beliau bertukar syarikat pinjaman 3 kali. Dua buah syarikat pertama bankrap dan yang terakhir dalam nyawa-nyawa ikan. Beliau tidak mampu bayar hutang sehingga lapan bulan tetapi masih mengekalkan pegangan rumahnya kerana bank terlalu banyak menguruskan kes ini. Bank tidak cukup tangan untuk mengambil tidakan terhadapnya!

Pengajarannya, kita harus bijak mengawal kewangan kita. Kenali had diri kita supaya kita tidak terlebih berbelanja. Pepatah mengatakan, ukur baju di badan sendiri. Besar maknanya pepatah ini! Pastikan kita menyimpan wang setiap bulan sebagai simpanan kecemasan, berbelanja secara bijak dan berhemah dalam menguruskan kewangan keluarga.

Teruskan membaca artikel ini...

Satu Malaysia

Akhir-akhir ini Malaysia yang kita cintai ini dilanda fitnah yang amat besar. Hak orang Melayu, Artikel 12, IFC, kontrak sosial adalah antara isu-isu besar yang dihebohkan. Semua orang bebas berbiacara perkara sensitif tanpa mempedulikan kesannya. Semuanya gara-gara orang politik yang berpolitik secara agresif semata-mata memenuhi tembolok mereka. Tidak kira daripada parti mana, sikap ini amat jelas.

Umno dengan politik wang walaupun dah hampir patah riuk. Ia merebak terlalu dalam sehinggakan PRU12 tidak memberikan mereka kesan walau sedikitpun. Nampaknya, kuasa yang diidamkan itu adalah lebih kuat kesannya daripada pengajaran di dalam PRU12. Komponen BN pula terlalu perkauman cuba mengemukakan "idea-idea" baru yang kononnya bagi merealisasika konsep 1Malaysia. Padahal amat jelas, makna disebalik idea mereka hanyalah menjaga kepentingan mereka sahaja. Agenda kerajaan menyatukan kaum di dalam satu sekolah ditentang habis-habisan. Malah, orang yang mencadang idea ini dituduh perkauman dan disuruh disumbat ke dalam lokap ISA.

PR pula amat jelas perkauman dan gila kuasanya. Peristiwa di Perak menjelaskan segala-galanya. Kehilangan kuasa terlalu memberi kesan sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkah hasrat mereka tercapai. Cakaplah siapa yang mereka tidak lawan; Sultan, polis! Mereka sahaja raja. "Singh is king"! "Speaker is king"! Ikutkan hati mahu saja dicarutkan mereka ini. Golongan sombong dan angkuh amat tidak layak dilantik sebagai pemimpin! Ini belum dikira kenyataan-kenyataan perkauman yang ditimbulkan mereka terutamanya semasa pilihanraya kecil.

Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa jika sesuatu tugas itu diberi kepada yang tidak layak, maka tunggulah saat kemusnahannya! Apa yang kerajaan patut buat ialah mendengar keluhan dan rintihan rakyat terutamanya orang Melayu. Orang Melayu majoritinya banyak menyokong Umno/BN tetapi jarang didengar rintihan mereka. Maka lebih ramailah yang akan menyokong PR. Golongan muda sememangnya banyak menyokong PR diakibatkan sikap Umno/BN yang tidak pandai menawan hati golongan muda dan sudah tentunya rasuah. Ketika di U, pengaruh PR dapat dilihat jelas, manakala penyokong BN biasanya tidak berani atau biasanya lebih suka berdiam diri.

Kerajaan pula terlalu mendengar permintaan bukan Melayu. Biasiswa JPA, liberalisasi ekonomi, hatta penentuan agama anak juga diberi kepada mereka. Maka apa lagi hak Melayu yang perlu diberi demi meraih undi mereka. Percayalah kerajaan, jika orang Melayu dilayan baik, maka undinya tidak akan lari kepada PR. Masalahnya sekarang ini kerajaan dilihat terlalu berlembut dengan bukan Melayu/Islam. Mereka bukannya hidup sengsara di Malaysia. Malah ada yang amat mewah! Malangnya kuasa ekonomi mereka ini telah digunakan bagi mengeksploitasi kuasa politik. Kebanyakan orang Melayulah yang miskin. Golongan inilah yang patut dibela.

Lihatlah apa yang diberi kerajaan semasa pilihanraya kecil seperti di Bukit Gantang. Wang lebih RM1 juta kepada sekolah Cina/Tamil dan apa hasilnya! Apa orang Melayu dapat? Apakah pula hasilnya? Saya percaya "politics of appeasement" tidak akan berjaya melainkan memusnahkan Umno/BN semata-mata.

Akhirnya saya harap agar Malaysia akan menjadi lebih baik lagi dibawah PM yang baru. Kawallah isu-isu panas ini, ambil tindakan terhadap hindraf, pemimpin perkauman, jaga semua rakyat terutama orang Melayu dan hukum penghasut. Janganlah sehingga keadaan menjadi tidak terkawal baru nak diambil tindakan. Ketika itu tiada guna lagi. Kerosakan telah dilakukan. Ingatlah 13 Mei 1969. Rakyat patut diajar siapa sebenarnya dalang di sebalik peristiwa ini. Apakah kesannya kepada Malaysia?

Monday, May 25, 2009

Susan Boyle: Anak kampung jadi penyayi

Macam biasa dengar kan tajuk di atas! Susan menjadi popular dalam sekelip mata selepas menyanyikan lagu "I Dreamed a Dream" dalam Britain Got Talent. Asalnya dari kampung. Umurnya 47, badan yang agak gempal dan "selekeh" tetapi berjaya memukau hadirin dan juri yang berada di dalam dewan. Pada mulanya, beliau tidak diberi harapan langsung. Hanya pandangan sinis! Walau bagaimanapun, apabila beliau menyanyi, semuanya terpegun akan keanggunan suaranya. Saksikan Susan pada malam keramat itu.

Saksikan Susan Boyle

Sunday, May 24, 2009

Transformers & Harry Potter

Transformers 2: Revenge of the Fallen adalah mengenai Sam Witwicky yang telah mendapat ilham mengenai sejarah Transformers dan kedatangan mereka ke bumi daripada serpihan Allspark. Ia dikatakan datang sebelum tamadun dibumi dan telah mendirikan sebuah kuil di tapak Piramid Giza. Dapatkah manusia dan Autobots dapat melawan Decepticons? Filem ini semestinya pasti amat ditunggu-tunggu peminat filem tempatan. Filem ini akan dibuka pada Jun 09.



Akhir sekali, Harry Potter and the Half-Blood Prince akan menyusul pada pertengahan Julai 09. Harry kini di Tahun ke-6 di Hogwarts. Perang yang dimulakan Voldemort kini telah hampir sampai ke kemuncaknya. Semua manusia sama ada "muggles - orang biasa atau golongan yang mempunyai kuasa diganggu oleh sekutu Voldemort. Sementara itu "Half-Blood Prince" bagitu banyak membantu Harry di dalam pelajarannya. Harry sendiri kurang pasti siapakah dia sebenarnya. Dumbledore pula kini sedang mengorek rahsia voldemort bagi memudahkannya mengesan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh voldemort. Siapakah Prince? Apakah jejak yang ditinggalkan Voldemort? Akhiri debaran ini dengan menyaksikan filem kedua terakhir dalam siri novel yang amat popular ini bagi mengetahui kisahnya.

Treler Harry Potter:


*Semua hakcipta terpelihara oleh pemilik masing-masing.