Tuesday, June 2, 2009

GM kini bankrap

Sah, syarikat kebanggaan Amerika ini hampir pasti bankrap. Ia telah memfailkan permohonan kebankrapan pada 1 Jun 09 di New York, Amerika. Syarikat gergasi kini dalam talian hayat! Masih ingat Buick, Cadillac, Pontiac Firebird, Chevrolet ataupun yang terbaru Hummer? Baiknya, GM bakal diremajakan selepas ini.

Saya ada terbaca artikel ini mengenai kegagalan GM dan kejayan syarikat lain dari Jepun dan Eropah di dalam industri kereta. Ia ada kaitan mengenai sikap pengurusan GM, sikap pekerjanya, dan peranan kerajaan Amerika sendiri dalam membantu menjahanamkan GM. Kini semua musnah. Nasi sudah menjadi bubur. Nasib baik bubur masih boleh dimakan walaupun mungkin kurang sedap!

Selepas membaca syarikat ini, teringat industri kereta di Malaysia. Adakah industri di kereta juga seperti ini? Saya akan mengulas lanjut selepas ini...

Hari ini dalam Sejarah

Hai... memang hari ini dalam sejarah! Stadium runtuh! Stadium yang gah itu akhirnya runtuh menyembah bumi. Apa sudah jadi! Apa kerja JKR? Jurutera? Kontraktor? Siapa yang salah? Sekarang memang masa mencari salah. Tak perlu malu2! Bayangkan jika KLCC dibina oleh kontraktor ini atau geng-gengnya, tak boleh nak bayangkan betapa ngerinya!

Sememangnya didengari ada masalah semasa pembinaan stadium ini sehinggalah detik-detik akhir perasmian SUKMA. Tetapi ia siap juga akhirnya. Rupa-rupanya tak bertahan lama. Stadium kebanggan Terengganu ini musnah!

Selepas ini, akan timbullah berbagai-bagai persoalan akan punca kejadian ini. Faktor tanahkah? Mutu bahan binaan? Hasil kerja buat? Kawalan mutu longgar? Makan suap? Teknologi atau sekadar takdir tuhan semata? Semestinya, ini merupakan titik hitam kepada imej kerajaan negeri/ pusat. Pihak pembangkang akan mempunyai senjata yang amat ampuh kali ini. Carilah alasan apakah yang akan mewajarkan peristiwa tragik ini! Selamat tinggal Terengganu? Selamat tinggal Manek Urai?

Bagi membersihkan imej, kerajaan seharusnya membuat kajian mengenalpasti punca masalah sedalam-dalamnya. Hasilnya mestilah disebarkan kepada semua. Ambil tindakan bagi setiap cadangan didalamnya. Jika ada orang yang perlu disiasat/hukum, maka lakukanlah. jangan sekali-kali menyembunyikan fakta. Lambat-laun ia akan diketahui juga.

Nanananana... Ganu kite...